Tuesday, 13 September 2011

Kebaikan Mengamalkan Pemakanan Tumbuhan Herba

Mencegah lebih baik daripada merawat. Bagaimanapun dalam keadaan realitinya, tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan. Sebaliknya, jika terkena atau disahkan menghidap penyakit, barulah tindakan segera diambil, sama ada melakukan rawatan, mahupun mula mengamalkan aspek berjaga-jaga ataupun pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser, haruslah dilihat terlebih dahulu, mengenai punca penyakit tersebut. Apabila kita memperkatakan mengenai risiko untuk mendapatkan kanser, tidak ada satu sebab ‘solid’ yang boleh dikatakan menjadi punca kepada penyakit berbahaya itu. Menjelaskan lebih lanjut mengenai pencegahan penyakit kanser,

      Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Pantai, Datuk Dr. Ibrahim Wahid berkata, sehingga kini, tidak ada satu kajian tepat mengatakan bahawa sesetengah makanan ataupun tumbuh-tumbuhan boleh mencegah kanser. Isu ini sangat komplikated kerana dari segi risiko makanan dan kanser tidak ada kaitan yang terus. “Untuk mencegah kanser, kita tengok apa puncanya. Jika ia berpunca daripada makanan, kita tengok apa jenis makanan dan kurangkan makanan tersebut. Bagaimanapun, apabila memperkatakan mengenai makanan dan kanser, ia menjadi komplikated. “Contohnya, daging. Ada yang mengatakan bahawa daging boleh menyebabkan kanser dan ini bermakna, jika anda tidak memakan daging, maka anda tidak akan mendapat kanser. Walhal keadaan ini tidak semestinya berlaku. “

     Ini kerana, jika kita tengok mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian pun boleh mendapat kanser. Misalnya, orang Buddha, mereka tidak makan daging tetapi makan sayur-sayuran, tetapi ada yang menghidap kanser dan saya sendiri mempunyai pesakit daripada penganut agama ini. Sebab itulah saya katakan tadi, ia agak komplikated. Mereka yang menjaga kesihatan pun boleh mendapat kanser. Sebenarnya banyak faktor lain, antaranya merokok, peningkatan usia, sinaran matahari, radiasi, bahan kimia, virus atau bacteria, hormon, sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser, alkohol dan juga diet, kurang aktiviti kecergasan serta berat badan berlebihan,” jelas beliau.

Antioksida Cegah Kanser.

Ditanya mengenai kelebihan antioksida yang dikatakan mampu mencegah kanser, Dr. Ibrahim berkata antioksida bertindak melindungi sel rosak yang berpunca daripada molekul yang tidak stabil, dikenali sebagai radikal bebas. Sel yang rosak ini boleh meningkatkan risiko kanser. Antioksida terdiri daripada beta karotena, lycopene, vitamin C, E dan A. Antara makanan yang mengandungi antioksida yang tinggi termasuklah lobak merah, tomato, sesetengah sayur dan kacang. Menjelaskan lebih lanjut mengenai topik ini, Dr. Ibrahim menjelaskan mengenai beberapa kajian yang telah dijalankan sekitar tahun 1990-an.

·        Kajian yang diterbitkan pada tahun 1993 ini dilakukan oleh Chinese Cancer Prevention Study ; ujian melibatkan kesan kombinasi di antara beta-karotin, vitamin E dan selenium ke atas masyarakat di Negara China (lelaki dan wanita)yang menghidapi kanser gastrik. Keputusannya, didapati kombinasi unsure tersebut boleh mengurangkan risiko kanser gastrik.

·        1994 – kajian melibatkan kaitan antara beta-karotena dengan vitamin E. menunjukkan bahawa kanser paru-paru di kalangan lelaki telah meningkat apabila mengambil beta-karotena. Sebaliknya, ia tidak menunjukkan kesan atau risiko apabila mengambil vitamin E.

·        1994 – kajian yang dinamakan Kajian CARET juga memberikan kesan yuang sama yang mana beta-karotena dan tetinol (Vitamin A) boleh meningkatkan kanser paru-paru.

·        1999 – Women’s Health Study yang mengkaji kesan antara Vitamin E dan beta-karotena dalam mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular di kalangan wanita berusia 45 tahun, mereka dapati ia tidak memberi manfaat dan tidak mendatangkan risiko.

 “Berdasarkan kelima-lima kajian, apa yang boleh katakana di sini ialah pengambilan makanan ataupun makanan tambahan tidak semestinya mengurangkan atau meningkatkan risiko kanser. Ini kerana daripada kajian tersebut, satu kajian menunjukkan kesan positif, dua kajian memberikan kesan yang negatif dengan meningkatnya risiko mendapat kanser dan dua lagi tidak memberi perubahan ataupun risiko ke atas kanser. Jadi, nasihat saya kepada pesakit, amalkan makanan seimbang.

 Masyarakat kita tidak dapat lari daripada mempercayai pantang larang dalam makanan. Sebenarnya, pantang larang  ini boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan pesakit itu. Mereka sebenarnya memerlukan kalori dan cukup berbanding dengan pesakit lain. Apabila mereka menjalani rawatan terutamanya kimoterapi, mereka memerlukan lebih banyak tenaga, protein dan kalori. Pakar nutrisi sentiasa menyarankan pesakit kanser meningkatkan pengambilan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan makanan berasaskan gandum. “Begitu juga dengan daging, susu, telur dan juga keju.

Manakala cara memasak juga disarankan diubah dengan menggunakan mentega, marjerin dan minyak. Sesetengah pakar pemakanan menyarankan supaya kurang mengambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi kerana makanan itu boleh membara kepada diarea (cirit birit) dan juga sakit mulut. “Bagi pesakit saya, saya galakkan mereka mengambil pelbagai makanan yang disarankan, walaupun berat mereka naik sedikit, tetapi mereka tidak perlu risau kerana ia memeri kesan yang baik. Sebaliknya jika terlalu megawal pemakanan, berat badan akan susut. Ini akan lebih memudaratkan penyakit,” katanya.

Pakar Imunologi Pemakanan beri pendapat berbeza.

Sementara itu, menurut Pakar Imunologi Pemakanan yang juga pengasas E. Excel International yang berpangkalan di Amerika Syarikat (pengeluar makanan kesihatan), Dr. Chen Jau-Fei dalam Penyelidikan Imunologi Pemakanan, beliau mendakwa bahawa makanan tumbuh-tumbuhan semulajadi dan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan herba, mengandungi nutrien seperti fitokimia, antioksida dan polisakarida yang tidak hanya bermanfaat untuk kesihatan, malah boleh membantu mencegah dan merawat kanser. Menurut Dr. Chen cabaran paling hebat yang dialami oleh kebanyakkan penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan moden seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
 
 Katanya lagi, apabila tubuh tidak mendapat nutrien asas, sistem imun menjadi lemah dan hilang keupayaan  untuk  melawan penyakit. Sebaliknya, apabila ia berfungsi dengan baik, system imun mampu melawan penyakit malah dapat menghalang serangan toksin dan bahan cemar yang sentiasa mengancam persekitaran kita. Oleh itu, daripada hasil kajiannya dalam bidang imunologi pemakanan ini, beliau menemui hubung kait yang pasti di antara nutrien yang ada dalam tumbuhan makanan dengan fungsi sistem imun. Kata Dr. Chen lagi, Persatuan Kanser Makanan yakin bahawa pemakanan merupakan faktor utama yang dapat mencegah kematian akibat kanser.

Fitokimia.

Ia merupakan sebatian unik dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba. Ia bersifat menyembuh dan berupaya mencegah penyakit kerana mampu menyuburkan dan memperkasakan sistem imun.

Antioksida.

Melindungi daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan DNA yang boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain yang degeneratif (merosot).

Polisakarida.

Rantaian panjang gula yang sering ditemui pada sesetengah cendawan. Kajian menunjukkan bahawa polisakarida cendawawan dapat menghapuskan pertumbuhan tumor dengan mengaktifkan sel imun. Ia juga membantu menyeimbangkan sistem imun dan membolehkannya memusnahkan sel-sel kanser sedia ada dan virus.

Sumber Pemakanan Semulajadi Yang Berkhasiat.

Kaktus.

Dalam penyelidikan kanser, ahli sains mendapati bahawa ekstrak kaktus meningkatkan mekanisme sel imun dengan membantu tindakbalas hipersensitiviti yang mana sebelumnya terdapat penyekatan fungis imun. Kaktus juga dilihat mampu mengurangkan paras kolesterol dan meinigkatkan metabolisme lipoprotein berketumpatan rendah. Ahli sains juga mengetahui bahawa kalsium dan fosforus yang mewakili tiga perempat daripada mineral tubuh, didapati banyak terkandung di dalam kaktus. Jesteru, ia membekalkan mineral yang membina tulang, sendi dan tisu perantara yang kuat.

Buah Kaktus.

Buah yang mengambil masa sehingga empat tahun untuk membesar dan ranum tetapi berbaloi krana buah kaktus kaua dengan antioksida dan fitonutrien yang menjadikan tubuh badan sihat, luar dan dalam. Menurut kajian, kaktus dan buahnya memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun badan. Khasiat dan antioksida yang ditemui pada pelbagai tumbuhan makanan seperti buah kaktus mungkin dapat membantu menghindari kerosakan DNA, membantu penyembuhan luka dan merangsangkan aktiviti fagosit, selain menjadikan tekstur dan rupa kulit bertambah baik.

 
Beri Ginseng.

Beri Ginseng mengandungi sari ginseng yang memelihara biji benih yang bakal menjadi baka tumbuhan itu. Mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk membesar sebelum buah beri ranum dan sedia untuk dipetik. Hasil penyelidikan menunjukkan ekstrak beri ginseng yang unik itu membantu melindungi kulit daripada terdedah kepada anasir alam sekitar dan akibat tekanan aktiviti semula jadi tubuh. Juga kaya dengan antioksida sehingga 1.4 kali ganda lebih banyak dariapada vitamin C. Apabila dimakan, antioksida beri ginseng boleh melenyapkan sistem pertahanan antioksida badan dengan ketara.

Biji Anggur.

Proantosiandin, lazimnya disebut sebagai OPC ialah flavonoid yang amat berkesan, ditemui terutamanya di dalam kulit tumbuhan dan biji anggur. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa aktiviti antioksida OPC adalah jauh lebih banyaj daripada vitamin E, C dan beta-karotena. OPC mempunyai hampir 20 kali ganda  lebih banyak aktiviti antioksida berbanding vitamin C dan dipercayai mempunyai 50 kali ganda lebih banyak antioksida daripada vitamin E. Antioksida dipercayai menghalang dan mengawal pelbagai jenis penyakit daripada artritis hinggalah kepada menjaga sel daripada dimusnahkan oleh molekul oksigen tidak stabil.

Cendawan Agaricus Blazel Murill (ABM).

Dikenali juga sebagai cendawan matahari dan cendawan puteri, jaya dengan dua campuran polisakarida. Polisakarida yang ditemui dalam cendawan ABM memperbaharui dan menyokong system imun badan dengan merangsang pengeluaran limfosit sel T penentang kanser, sel T pembantu, interferon dan interleukin. Ini menyebabkan bilangan sel kanser yang dihasilkan dalam badan berkurang mengikut pertimbangan.

Soya.

Makanan yang rendah lemak, tanpa kolesterol, tinggi serat diet dan kaya dengan mineral. Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawan genistein menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyefari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

Cendawan Maitake.

Mempunyai kandungan polisakarida bermanfaat yang tinggi iaitu beta-glukan dan polisakarida lain termasuk fosfolipid, nucleotides dan asid lemak tak tepu. Ia boleh menambah fungsi system imun dan menghalang pertumbuhan tumor. Pecahan D, bahagian polisakarida yang mengandungi aktiviti antitumor yang kuat boleh diekstrak daripada cendawan maitake. Pecahan D sahaja boleh menghalang pertumbuhan tumor dengan lebih berkesan berbanding dengan MMC diantara 45 peratus kepada 80 peratus. Dengan gabungan cendawan Maitake dan MMC, tumor dapat dihalang lebih daripada 80 peratus. Cendawan ini juga berguna untuk rawatan dan pencegahan kanser, AIDS, tekanan darah tinggi, diabetes, obesity dan kolesterol tinggi.  
 

Khasiat-khasiat tumbuhan herba dalam masyarakat melayu

PENDAHULUAN
 Semenjak dari dulu lagi tumbuh – tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Beberapa ribu tahun dahulu, tumbuhan telah digunakan dengan meluasnya sebagai makanan dan juga ubatan.
Bapa perubatan iaitu Hippocrates yang telah menubuhkan Kuil Aesculapius, iaitu sebuah Kolej Perubatan juga telah mempelajari ilmu perubatan dengan menggunakan tumbuhan herba daripada orang – orang Mesir.
Malaysia merupakan negara yang kaya dengan tumbuh – tumbuhan semulajadi untuk membuat ubat tradisional. Terdapat lebih 6000 spesis tumbuhan tropika di seluruh Malaysia.
Ubat tradisional sememangnya kaya dengan nutrien, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan semenjak dari dahulu lagi sehinggalah sekarang. Ianya kekal menjadi rawatan yang popular sehingga sekarang. Ubatan tradisional adalah satu sains atau latihan dalam perubatan dan penjagaan kesihatan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Ianya telah diturunkan secara lisan atau secara bertulis melalui amalan – amalan atau kepercayaan sesuatu komuniti.
 BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT
Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.
Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.
Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.
Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.
Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.
Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :
  1. PENYAKIT KEPIALU
  2. Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.
  3. Demam panas
  4. Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.
  5. Muntah
  6. Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.
  7. Sakit Kepala
  8. Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.
  9. Kayap
  10. Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.
  11. Panau
Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

Rahsia Tumbuhan Herba Bagi Wanita Melayu
Bagi kebanyakkan kaum wanita pula, mereka lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan – bahan asli seperti tumbuh – tumbuhan, daun – daun, akar – akar kayu, buah – buahan dan bunga – bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.
Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.
BAGAIMANA IA DIHASILKAN
Kebanyakan bahan – bahan boleh didapati dari kedai – kedai runcit yang mendapatkan bekalan daripada pembekal – pembekal yang mendapatnya daripada hutan rimba. Tetapi ada juga yang menanamnya dihalaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain – lain. Ada juga daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, dimana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan difarajwanita yang baru lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.
Bahan – bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal – gatal dan luka – luka. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut , memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur. Bawang merah untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
Sementara bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk,tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor,nafas berbau. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.
Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan - bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti ukuran genggam, menggunakan jari – jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam – macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya. Dibawah ini disenaraikan beberapa contah jamu yang biasa diamalkan oleh wanita untuk kecantikkan serta penjagaan kesihatan. Dimana jamu – jamu ini boleh dibuat sendiri di rumah tanpa memerlukan modal yang besar.
    1. Jamu Lempoyang
    2. Khasiatnya adalah untuk membersihkan kulit muka. Ambil ½ ibu jari lempoyang, kikis kulitnya dan parut. Perah bahan tersebut dan minum airnya dengan ditambah sedikit gula atau madu.
    3. Jamu Tomato
    4. Khasiatnya ialah untuk mencantikkan kulit. Sebiji tomato merah yang besar diblenderkan dan dicampurkan dengan sedikit gula. Minum airnya setiap hari.
    5. Jamu Beras Hancur
Khasiatnya ialah untuk menyegarkan wajah, melancarkar peredaran darah dan mengurangkan kepenatan. Ambil 1kg cekur, 1 genggam beras, 5 potong kayu manis, 10 kuntum bunga cengkih, gula Melaka dan 1 sudu asam jawa. Goreng beras tanpa minyak sehinga nampak kekuningan dan tumbuk halus. Tambah cekur, bunga cengkih, kayu manis dan tumbik lagi. Rebus gula merah dan asam dengan setengah periuk sedang air kemudian sejukkan. Apabila sejuk tambahkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau dan tapis . Minum 1 cawan sehari.
KESIMPULAN
Dengan ini jelaslah bahawa tumbuh – tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu. Dimana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Disamping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.

Khasiat Pucuk Kaduk

KHASIAT PUCUK KADUK/SIRIH DUDUK


KADUK - MENGUBATI LEMAH-LEMAH BADAN...

Nama Saintifik: Piper sarmentosum roxb
Famili: Piperaceae
Nama Biasa: Kaduk
Nama lain: Sirih duduk
Lokasi dijumpai: Di kawasan yang agak lembab

Keterangan

Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.

Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

Kegunaan

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian pana.

Pegaga Awet Muda Zaman Dulu..

Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada antaranya mengandungi bahan kimia.

Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.

Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit.

Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa malah penawar dan mencegah penyakit.

Che Som Ahmad, 68, dari Kampung Bukit Palong, Bongor Baling menjadikan amalan memakan daun pegaga telah menjadi amalan rutin hidupnya dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Bagi Che Som tumbuhan merayap dan mudah hidup ini membawa keistimewaan pada dirinya kerana sejak zaman muda mengamalkan petua makan daun pegaga sudah cukup sebati dalam dirinya menyebabkan dia lantas menanam tumbuhan itu.

Biarpun tanaman pegaganya ditanam di atas tanah sawah terbiar, ia tidaklah menjangkau sayup mata memandang namun batas-batas tanaman tumbuhan ini hidup subur.

Di sebalik deretan batas tanaman pegaga milik wanita ini dia tetap puas tanaman yang dianggap tidak komersial ini sekurang-kurangnya mampu membuka persepsi baru bahawa tanaman ini tinggi nilai perubatan dan kesihatan.

Untungnya tanaman merayap hasil usaha ibu kepada tujuh anak ini yang setiap baris tanaman kira-kira lima meter panjangnya sudah cukup menggambarkan usaha wanita ini telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 petak kawasan tanaman pegaga milik Che Som yang menghijau itu telah memberikan peluang kepadanya menambah pendapatan keluarga.

Menurut Che Som setiap hari dia memetik daun pegaga bagi dijual kepada peraih dan penduduk kampung yang datang membeli dari kebunnya.

Pegaga milik Che Som turut dijual di pasar malam dan minggu didaerah ini dan sekitar.

Katanya, kepada peraih dia menjualnya dalam bentuk ikat dengan harga antara lima puluh sen ehingga RM1 seikat manakala bagi penduduk terpulang kepada mereka malah adakalanya dia enggan mengambil duit.

"Tanaman ini mudah dijaga dan cepat membiak dan cepat matang,'' katanya.

Tambahnya, sekalipun serangan serangga kecil dan kekurangan air menyebabkan daun pegaga rosak dan menjadi kekuningan namun ia tidaklah sesukar tanaman lain yang memerlukan perhatian.

Jelas Che Som, kebanyakan spesies pegaga boleh tumbuh di kawasan terbuka dan ada juga yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana.

Namun menurut wanita ini, tumbuhan pegaga tumbuh meliar di kawasan lembap dan berdekatan air.

Tambahnya, menanam pegaga tidaklah sesukar tanaman lain kerana selepas dipetik dalam tempoh beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti menyebabkan tanaman ini tidak memerlukan kawasan yang besar untuk menanamnya.

Namun di sebalik usaha penanaman pegaga ini Che Som berkata nilai dan khasiatnya yang tinggi ialah boleh mengekalkan pengamalnya awet muda.

''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya tersenyum.

Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar dan juga Afrika Timur.

Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.

Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan campuran dengan daun herba lain.

Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.

Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.

Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan untuk sel-sel otak dan otot manusia.

Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter (sm) dan panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman.

Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu.

Menjelaskan mengenai jenis pegaga Che Som berkata terdapat sekurang-kurangnya lima jenis yang terdapat dan tumbuh meliar di negara ini iaitu pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga salad, dan renek.

Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah, melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.

Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan C.

Namun di sebalik usianya itu Che Som menyimpan hasrat supaya usahanya itu memberi semangat terutama kepada petani muda menceburi penanaman pegaga secara komersial.

Memang tepat saranan Che Som kerana sejak kebelakangan ini industri kecantikan tempatan turut menjadikan daun pegaga sebagai ramuan.

Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk kulit baru

Sireh Bahan Kunyah Takala Senggang.

Sejarah dan khasiat SIRIH

Di zaman silam sirih merupakan salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika Timur. Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis. Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.
Khasiat-khasiat sirih yang telah digukankan di dalam perubatan di zaman silam ini telah terbukti kesahihannya melaui kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh institusi di antaranya Universiti Putra malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Di antara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa kesan awet muda.
Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.
Di dalam bidang perubatan herba di Malaysia, menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya, samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan.
Kini dengan perkembangan teknologi-bio ia diproses dan dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan/kosmetik. BioSirih Cosmetics adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik/kesihatan bermutu tinggi dan berkesan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih yang melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.
Khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan khasiat yang terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT atau CITRUS HYSTRIX mempunyai khasiat antaranya melembut, melebat, merapi dan mengharumkan rambut, mengatasi masalah kulit kepala, melegakan migraine, merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Sitrik (AHA) yang terkandung membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah.

Khasiat Daun Pandan Wangi

Daun pandan merupakan salah satu tanaman yang mengeluarkan aroma yang wangi.Daun ini banyak sekali kegunaannya bagi kehidupan manusia khususnya ibu – ibu rumah tangga, di mana digunakan sebagai pewarna dan pengharum tambahan alami pada makanan.Selain itu Daun pandan wangi ( Pandanus amaryllifolius) ternyata memiliki khasiat khusus sebagai tonikum, penambah nafsu makan dan penenang. Info ini saya temukan di situs Pusat Data & Informasi PERSI. Jadi apa yang ditanyakan pak Icay ada benarnya, bahwa daun pandan memang bisa berkhasiat sebagai penenang. Zat apa ya kira-kira yang terkandung di dalamnya sehingga memiliki khasiat seperti itu?
Padan Wangi memiliki kandungan kimia alkaloid, saponin, flavoida, tanin, polifenol dan zat warna. Tannin? Ya, cukup mengejutkan juga mengetahui kalau Panda wangi memiliki zat Tanin. Apakah zat tanin ini sama dengan Tanin yang dimiliki oleh daun teh? Nanti saya akan tanyakan lagi kepada teman-teman yang lebih jago soal kimia seperti kang Irvan atau kang Harnaz.
Zat Tanin inilah yang saya duga sebagai biangnya penenang, secara efek Tanin dalam teh juga menenangkan. Jadi paduan Tanin dari teh dan Pandan ini yang mungkin berefek menjadi pulasnya tidur si buah hati.
Selain Tanin, daun pandan ternyata juga memiliki Polifenol seperti halnya yang terdapat dalam kandungan teh. Berarti perpaduan dua bahan ini ditambah dengan Jahe (yang ulasannya sudah ditulis oleh mbak Ratna), menjadikan minuman ini menjadi kaya akan zat-zat yang bermanfaat.
Khasiat lain dari daun pandan menurut situs tersebut dapat mengatasi Lemah saraf (neurasthenia), tidak nafsu makan, rematik, pegal linu, sakit disertai gelisah, rambut rontok, menghitamkan rambut dan ketombe.

Halia Mengeluarkan Angin Dari Badan?

Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Kandungan & Manfaat
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.
Khasiat Halia
Membantu untuk menghadamkan makanan.
Melembutkan perut dengan kelembutan yang sederhana.
Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
Membantu untuk menguatkan tenaga jimak dan menambahkan air mani.
Membuang angin yang terdapat dalam usus-usus kecil dan besar.
Membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.
Menghilangkan bau busuk mulut.
Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Dan mereka (ahli syurga) meminum di syurga satu gelas air yang campurannya dari halia.”